Rabu, 23 Februari 2011

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang

18-21 Februari, hari yang begitu seronok dan bermakna dalam hidup aku. Dua perasaan ini memberikan dua suasana berbeza sepanjang tiga hari ini.

Perasaan pertama, berasa seronok kerana dapat pergi ke lawatan akademik untuk program aku. Begitu banyak pengetahuan yang aku dapat tentang lanskap. Selain itu, aku dapat merasai bagaimana kehidupan di Perancis. Namun, Malaysia lagi seronok sebenarnya. Jalan-jalan bersama kawan-kawan dan pensyarah menjadikan hatiku gembira dan terlupa seketika tentang masalah. Kehebatan alam ciptaam Allah menjadikan otak dan fikiran aku menjadi tenang seketika merenung ciptaan Allah.

Perasaan kedua, bermakna. Bermakna bukan bermaksud seronok atau gembira, tetapi bermakna kerana pada hari tersebut jugalah aku disedarkan betapa tugas pemimpin itu merupakan tanggungjawab daripada Allah SWT. Aku sangat berterima kasih kepada kawan-kawanku kerana telah menyedarkan aku betapa aku jangan mudah ego dan ikutkan perasaan ketika memimpin. Aku sedar semasa itu, dan aku menyesal dengan apa yang aku buat selama ini.

Mulai dari hari itu, aku membuka buku baru dan menutup buku lama. Biarlah buku lama itu menjadi pengajaran kepada diriku.


"Ya Allah, bantulah diriku dalam menghadapi tanggungjawabMu"

Rabu, 16 Februari 2011

Dugaan Tanggungjawab

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tidak aku jangka semester ini aku menerima banyak tanggungjawab. Aku tahu, tanggungjawab tersebut merupakan amanah Allah yang perlu aku pikul kerana kita semua adalah pimimpin dan kita akan dipersoalkan nanti apakah yang kita pimpin.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar aku dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan sempurna. elakkan aku dari lalai dari tanggungjawabMu semasa aku melaksanakan tanggungjawab tersebut.