Sabtu, 20 Julai 2013

Masalah mematangkan kita

Sudah lama tak update,almost 4 bulan.
Alhamdulillah,semester 4 sudah berakhir,bermakna tiada lagi tekanan belajar. Saat kita bercuti,sudah tentu merindukan suasana belajar,buat assignment sampai lewat malam,dengar masalah rakan-rakan,luah masalah dan macam-macam lagi.
Bagi,semester 4 ni lah paling seronok,mencabar dan menyimpan seribu satu kenangan pahit dan manis,yang memang akan diingati sampai bila-bila. Semester ini juga aku dan rakan-rakan menghadapi macam-macam masalah. Masalah belajar itu satu kemestian ditambah dengan masalah lain. Betul orang cakap,masalah itu mematangkan kita.
Semester ini juga ku dapat kenal jenis manusia.
Alhamdulillah,janji Allah itu betul. Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuannya.

Sabtu, 23 Mac 2013

Nukilan Hati

Mensyukuri segala nikmat
yang dikurniakan di dunia
kau berikan ku kekuatan
untuk berpegang pada jalan
walau penuh dengan cabaran
ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna Kau yang satu
yang setia bersamaku
dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
ku tahu ku adaMu disisiku selalu
bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu 



dipetik daripada: AdaMu (Najwa Latif)

Ini Hak Aku, suka Hati Aku lah nak Buat Apa !!

Anda mungkin selalu membaca atau mendengar ayat seperti tajuk saya ini kan,
pasti anda tersentap bilamana mendengar perkataan seperti itu...
betul, kita ada hak, tapi jangan kita lupa, Hak Allah mendahului segala-galanya. Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel berkenaan hak.antara intipatinya ialah:

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yang begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tanggungjawab & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yang perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Artikel yang saya maksudkan disini ialah yang ditulis oleh Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har). 


Sungguh, artikel ini memberi pengajaran kepada saya betapa Allah lebih berhak ke atas diri kita . . .

Ahad, 17 Februari 2013

Praktikal oh praktikal

5 minggu berpraktikal, banyak benda sudah aku pelajari di tempat praktikal.
Dan perkara-perkara yang menguji ketahanan mental dan fizikal terus dilalui sebagai pelajar praktikal yang diberi title plantation student.
Aku sedar sebagai pelajar banyak benda yang kita tidak tahu, jadi tidak perlu malu bertanya dan belajar dengan orang-orang atasan.
Sepanjang tempoh berpraktikal ni bermacam-macam jenis perangai manusia dijumpai. Tidak perlulah diberitahu di sini.
Itulah yang menguji mental sebenarnya.
Kerja-kerja ladang adalah rutin biasa yang dibuat disamping mini projek yang perlu dilaksanakan.
Kepada kawan-kawan di luar sana, jika ingin memohon tempat untuk berpraktikal, pastikan tempat tersebut memberi 1001 ilmu dan kemahiran yang berguna kepada anda-anda semua.
Semoga sama-sama dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat. InsyaALLAH


Khamis, 27 September 2012

Lamanya tidak update blog sendiri. Banyak sudah berubah di blog. Tapi hatiku tetap tidak berubah untuk menceritakan detik2 kehidupan aku di sini.
Untuk pengetahuan sudah dua bulan aku menjadi pelajar Sarjana Muda di UiTM Perlis dan baru beberapa hari aku sudah melangkan ke alam puluhan tahun, iaitu aku sudah memasuki usia 20 tahun. Apa kaitan pelajar sarjana Muda dengan umur 20 tahun ni ? haa, sebenarnya, kehidupan sebagai seorang pelajar Sarjana Muda sangat berbeza dengan kehidupan pelajar Diploma. Jika dulu sesama diploma hanya berpandukan nota yang diberi pensyarah sahaja namun kini harus berusaha lebih untuk mendapatkan informasi yang tidak mudah didapati di bilik atau dewan kuliah. Dan perkara ini mematangkan aku di usia 20 tahun ni.
Kehidupan yang jauh dari kampung halaman ini sangat memberi kesan kepadaku. Namun begitu, sedikit sebanyak mengajar aku erti tabah berada di tempat orang. Ramai orang pesan kepada aku baik2 di tempat orang. Dan Alhamdulillah di sini aku mendapat kawan2 yang hebat dan kira sporting la jugak.
Dugaan demi dugaan menimpa diriku. Aku tahu Allah sentiasa menguji hambaNya kerana Dia Sayang. Kita sebagai hamba hendaklah Husnuzzon iaitu bersangka baik. Sebenarnya dugann inilah yang mematangkan aku.

Jumaat, 4 November 2011

selepas result



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat meneruskan pengajian semester hadapan. Sesungguhnya kejayaan itu dinilai oleh Allah SWT. Jadi apa pun yang kita dapat, bersyukur dengan setiap pemberiannya.

Apabila aku melihat status rakan-rakan di FB, macam-macam. Kebiasaannya, "Result ok, yesss" dan "result teruk, alaaaaa".... Tidak mengapa, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, bukan merungut. Allah SWT tau apa yang terbaik buat kita. Dia memberikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Tahniah kepada rakan2 yang mendapat result cemerlang dan kepada yang kurang, ingatlah, Allah SWT menguji kamu dan sayangkan kamu semua.

Wallahualam.


Khamis, 3 November 2011

Student : Sebelum result


Sudah exam, tentu-tentunya menunggu result yang bakal keluar menjelma.
pastinya bermacam-macam perkataan keluar dari mulut atau hati : "takutnye result"...."alamak result dah nak keluar" dan yang lebih teruk lagi "harap-harap tarikh result tiada"...MashaALLAH, sampai begitu sekali.
Sebenarnya, jika kita bertawakkal dan berserah diri kepada Allah SWT, tidak akan keluar perkataan-perkataan tersebut ketika menjelang keputusan peperiksaan diumumkan.
Kita inginkan yang terbaik, jika kita usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal InsyaALLAH Allah SWT akan memberikan kita yang terbaik.
Tidak perlulah kita mengharap yang terbaik jika tiada usaha dan doa, tidak guna doa tanpa usaha, tidak guna usaha tanpa doa, tidak guna tawakkal tanpa ikhtiar dan usaha.
Walau apapun, Allah SWT tetap memberikan yang terbaik kepada kita. Dia memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Kejayaan akan lebih berharga jika dinilai oleh Allah SWT.

Wallahualam.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini