Jumaat, 4 November 2011

selepas result



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat meneruskan pengajian semester hadapan. Sesungguhnya kejayaan itu dinilai oleh Allah SWT. Jadi apa pun yang kita dapat, bersyukur dengan setiap pemberiannya.

Apabila aku melihat status rakan-rakan di FB, macam-macam. Kebiasaannya, "Result ok, yesss" dan "result teruk, alaaaaa".... Tidak mengapa, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, bukan merungut. Allah SWT tau apa yang terbaik buat kita. Dia memberikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Tahniah kepada rakan2 yang mendapat result cemerlang dan kepada yang kurang, ingatlah, Allah SWT menguji kamu dan sayangkan kamu semua.

Wallahualam.


Khamis, 3 November 2011

Student : Sebelum result


Sudah exam, tentu-tentunya menunggu result yang bakal keluar menjelma.
pastinya bermacam-macam perkataan keluar dari mulut atau hati : "takutnye result"...."alamak result dah nak keluar" dan yang lebih teruk lagi "harap-harap tarikh result tiada"...MashaALLAH, sampai begitu sekali.
Sebenarnya, jika kita bertawakkal dan berserah diri kepada Allah SWT, tidak akan keluar perkataan-perkataan tersebut ketika menjelang keputusan peperiksaan diumumkan.
Kita inginkan yang terbaik, jika kita usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal InsyaALLAH Allah SWT akan memberikan kita yang terbaik.
Tidak perlulah kita mengharap yang terbaik jika tiada usaha dan doa, tidak guna doa tanpa usaha, tidak guna usaha tanpa doa, tidak guna tawakkal tanpa ikhtiar dan usaha.
Walau apapun, Allah SWT tetap memberikan yang terbaik kepada kita. Dia memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Kejayaan akan lebih berharga jika dinilai oleh Allah SWT.

Wallahualam.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 2 November 2011

Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan



Kehidupan...apakah maknanya dalam hidup anda???
Ingin mengetahui maknanya...jom...
Pernahkan anda berjalan kaki, atau menaiki kenderaan tidak kiralah jauh atau dekat....
Jika anda berjalan, sudah tentu ada tempat yang ingin dituju,
dan apabila selesai urusan di tempat tersebut,
anda akan pulang ke destinasi seterusnya iaitu RUMAH ANDA SENDIRI kan ?
Samalah gayanya seperti kehidupan kita,
Kita dilahirkan di dunia ini, mengenal dunia, mengenal Allah SWT, mengenal makhluk ciptaanNya,
dan kita berjalan dengan satu misi, iaitu menyembah diri kepada Allah SWT,
kita singgah di segenap pelusuk destinasi dalam kehidupan kita,
adakalanya kita tersesat, namun, jika tersesat, pulanglah ke pangkal jalan,


dan akhirnya nanti,
kita akan PULANG semula kepada Allah AWT,
pulang ke rumah kita (kubur)
dan alam akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita buka hati untuk beribadah dan mengabdi diri kepada
Allah SWT,
untuk perjalanan yang lebih sempurna,
kuatkanlah kenderaan kita dengan Iman, Taqwa. InsyaALLAH perjalanan kita selamat hinggalah selamat sampai ke destinasi.

Doa :

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Wallahualam...