Anda mungkin selalu membaca atau mendengar ayat seperti tajuk saya ini kan,
pasti anda tersentap bilamana mendengar perkataan seperti itu...
betul, kita ada hak, tapi jangan kita lupa, Hak Allah mendahului segala-galanya. Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel berkenaan hak.antara intipatinya ialah:
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah
SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah,
dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu
sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia.
Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan
manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah,
tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang
luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita
sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka.
Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada
yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar?
Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal
penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yang begitu lantang bersuara semasa
di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh
berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula
tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights &
Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg
sudah menjalankan tanggungjawab & peranan mereka dengan baik dan sempurna.
Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita
yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan
asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa
sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yang perlu
hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling
bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak
kolektif (jamaĆ) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung
antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak
kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup
yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia
dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Artikel yang saya maksudkan disini ialah yang ditulis oleh Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har).
Sungguh, artikel ini memberi pengajaran kepada saya betapa Allah lebih berhak ke atas diri kita . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan