Isnin, 6 Disember 2010

Maal Hijrah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam selawat dan salam keatas Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat, para Tabi'in dan para ulama, semoga mendapat Ihsan di hari kebangkitan.
1 Muharam detik permulaan
permulaan tahun Islam hijrah
Penghijrahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

itu adalah antara bait-bait lagu yang kita sering dengar di televisyen dan corong-corong apabila menjelangnya Maal Hijrah. 1 Muharam merupakan tarikh penting bagi umat Islam kerana tarikh inilah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Dengan itu, tersebarlah Islam ke seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah. Apakah pula erti hijrah kepada diri kita. Macam-macam boleh ditafsirkan melalui hijrah, samada berubah dari berperangai baik kepada yang lebih baik, malas kepada rajin, dan sebagainya. Jelasnya, hijrah merupakah perubahan ke arah yang lebih positif. Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah dan berazam untuk lebih positif dalam usaha meng'hijrah'kan diri. Wallahualam.

SALAM MAAL HIJRAH


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nape ad bhsa pelik yg kluar?