Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
para sahabat, para Tabi'in dan para ulama
semoga mendapat ihsan di hari kebangkitan.

Selama ini ku mencari-cari,
teman yang sejati,
buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padaMu Illahi,
teman yang dicari selama ini,
telah ku...........
eh, aku dah jumpa ke sahabat sejati aku??? Aku rasa belum.
Sahabat, apa tu???ada orang cakap sahabat itu maksudnya orang yang sangat akrab dengan kita dalam waktu susah dan senang. Ada juga orang kata kawan dan sahabat ada bezanya. Apa bezanya?? Bezanya, kawan ada masa susah sahaja..Yeke?? Pandai-pandai la kawan-kawan semua tafsir.
Selama aku hidup 18 tahun ni, aku rasa ada insan yang sanggup bersama aku dalam susah dan senang, mendengar luahan hati aku, tolong selesaikan masalah aku. Tapi, itu semua kawan aku. Sahabat aku tak ada. Macam mana nak cari sahabat.
Tetapi, semenjak aku menyambung pengajianku di UiTM ni, aku sudah mengenal beberapa erti kehidupan. Di sini jugalah aku mengenal erti sahabat.
kadangkala, aku rasa tidak dihargai, tidak dipedulikan. Agaknya itulah manusia. Itulah kawan kan. Tetapi, ada beberapa orang hamba Allah ni, sangat menghargai aku, berterima kasih, selalu ingin menghulurkan bantuan dan memujukku apabila aku sedang gundah gulana. Orang kata, jiwa kacau. Aku sangat-sangat menghargai mereka.
Cerita ini adalaj berkenaan dengan sahabat. cerita dimulakan.Ada seorang hamba Allah ni,sekelas dengan aku. Aku juga tengok dia memang baik. Walaupun agak "innocent" sikit, tapi dia istimewa bagi aku. Kadangkala kami ke kuliah bersama-sama, ke perpustakaan, berjumpa pensyarah outing mahupun ke event-event universiti. Dia juga setia mendengar segala luahan dari aku. Adakalanya dia datang meminta bantuan. Aku sangat seronok apabila dapat membantunya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari, mungkin malam tu aku tak jaga mulut aku. Dengan sengajanya aku menyindirnya dengan kata-kata yang agak pedas dan makan dalam. Sebab apa, dia salah daftar course. Lepas aku tegur tu, tak lama dia keluar dari bilik aku tanpa bercakap denganku.
Esoknya, aku sudah dapat melihat perubahan drastik terhadap diriku. Dia tak nak bercakap dengan aku. Duduk dengan aku pun tak nak. Aku tertanya, kenapa dengan dia. Aku ingat balik mungkin sebab malam tadi. Ya Allah apa yang aku buat. HAtiku bercakap sendiri. Tragedi ini berlaku apabila hampirnya peperiksaan akhir. Dugaan dari Allah SWT agaknya.
Dia bersikap seperti itu berlarutan selama 3 minggu. 3 minggu bukan 3 hari tau. call aku pun tak. Biasanya akulah yang dia tanya macam-macam.Hmmm...Ya Allah aku pasrah..Semoga dia dapat memaafkan aku dan menjadi sahabat seperti dulu.
Suatu hari, agaknya Allah memakbulkan doa aku selama ini. Aku datang ke biliknya dan meminta maaf kepadanya. Dengan mudah dia memaafkanku. Mungkin Allah sudah membuka pintu hatinya. Alhamdulillah. Selepas hari itu, dia sudah mula menghubungi aku dan mulai mesra denganku.
Aku harap dia akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat. MUlai hari ini, aku akan menjadi sahabat terbaik dia walau apa yang berlaku.
Azam aku tahun ini, aku ingin ada sahabat sejati yang ingin bersamaku dalam susah dan senang. Ya Allah, mudahkanlah aku.
"Aku menyayangi mereka yang menghargai aku"

1 ulasan:
salam ipin,
tak kiralah apa interpretation untuk kawan atau sahabat tu. yang penting bagaimana kita nak kawan atau sahabat itu lakukan terhadap kita maka begitu jua apa yang patut kita lakukan terhadap kawan dan sahabat. sentiasalah untuk berbaik sangka. what u give, u'll get back soon. atau dalam erti kata lain umpama hukum tarikan. bagaimana yg kita fikir begitulah yang akan masuk dalam kehidupan kita. harap dapat jadi seorang insan yang hebat di mana jua kamu berada :D
Catat Ulasan