Isnin, 13 Disember 2010

Rezeki Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Keputusan peperiksaan akhirku telahpun dikeluarkan. Alhamdulillah, satu pencapaian yang baik bagiku walaupun tidak seberapa.

Namun bagiku, itu adalah rezeki daripada Allah SWT yang maha pemberi rezeki kepada hambanya. Dia memberikan rezeki mengikut apa yang diusahakan oleh hambanya. Dengan doa dan usaha, Allah SWT akan menolong kita. Tanpa usaha doa itu sia-sia dan tanpa doa usaha itu sia-sia.

Mungkin semester ini aku banyak bermain-main. Sebab itu keputusan aku seperti itu. Azam aku untuk semester hadapan, aku ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

"Jangan bersedih, Allah bersama kita"


Tiada ulasan: