Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu perbuatan baik tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pujian dan SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
Pernahkan kita dengar "tak apa, aku ikhlas nie", " aku ikhlas buat benda ni". Hakikatnya, ditakuti apa yang dibuat itu tidak ikhlas kerana diucapkan lisan semata-mata. bagaimana dengan penerimaan Allah S.W.T mengenai ikhlas itu?
Ikhlas ni diumpamakan seperti semut hitam di atas ba
tu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui keikhlasan kita kepadaNya. Bagi saya, untuk ikhlas, hendaklah sentiasa meletakkan semua niat pekerjaan yang baik kerana Allah S.W.T, dengan itu, hati kita akan sentiasa mengingatinya. Keikhlasan, hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui.
Jangan sesekali mengungkit perbuatan baik kita terhadap ora
ng lain kerana mungkin keikhlasan itu akan lenyap dan hati kita kosong semata-mata.
Oleh itu, jangan jadikan hati anda umpama ranting-ranting pokok yang kering dan kontang, tanpa keikhlasan dan hanya mengharapkan duniawi sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan