Jumaat, 28 Oktober 2011

Nilai Sebuah Kejayaan


وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ لَكُمۡ وَلِتَطۡمَٮِٕنَّ قُلُوبُكُم بِهِۦ‌ۗ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَكِيمِ
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Surah Ali-Imran 3: Ayat 126)

Pernahkan kita menilai kejayaan kita??? Mungkin ya mungkin juga tidak. Jika kita menilainya, sejauh mana kita menilai kejayaan tersebut, adakah sekadar menyambut sesuatu majlis? Atau muhasabah diri anda sendiri bahawa kejayaan itu juga akan dinilai oleh Allah.

Pernahkan kita merasa kejayaan yang kita perolehi itu tidak mencukup dan ingin lebih daripada orang lain? Jika berasa seperti itu, maka ingatlah Allah. Kerana kejayaan itu akan dapat dicapai melalui usaha dan istiqamah. Anda buat anda dapat. Perlulah yakin dengan Allah. Jika tidak dapat apa yang kita inginkan, ingatlah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Ketahuilah, kejayaan hanya akan di capai oleh mereka yang sentiasa konsisten dan beristiqamah iaitu
mereka yang sentiasa tetap dan tidak berubah ubah pendiriannya untuk mencipta sesuatu kejayaan itu.

1 ulasan:

Murni Yusoff berkata...

Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara..ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?