Jumaat, 28 Oktober 2011

Ayat Kursi


Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Ikhlas

Apa maksud ikhlas? Ikhlaskah kita? Jika ya, sejauh mana keikhlasan kita itu?

Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu perbuatan baik tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pujian dan SEMATA-MATA KERANA ALLAH.

Pernahkan kita dengar "tak apa, aku ikhlas nie", " aku ikhlas buat benda ni". Hakikatnya, ditakuti apa yang dibuat itu tidak ikhlas kerana diucapkan lisan semata-mata. bagaimana dengan penerimaan Allah S.W.T mengenai ikhlas itu?

Ikhlas ni diumpamakan seperti semut hitam di atas ba
tu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui keikhlasan kita kepadaNya. Bagi saya, untuk ikhlas, hendaklah sentiasa meletakkan semua niat pekerjaan yang baik kerana Allah S.W.T, dengan itu, hati kita akan sentiasa mengingatinya. Keikhlasan, hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui.

Jangan sesekali mengungkit perbuatan baik kita terhadap ora
ng lain kerana mungkin keikhlasan itu akan lenyap dan hati kita kosong semata-mata.

Oleh itu, jangan jadikan hati anda umpama ranting-ranting pokok yang kering dan kontang, tanpa keikhlasan dan hanya mengharapkan duniawi sahaja.




Nilai Sebuah Kejayaan


وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ لَكُمۡ وَلِتَطۡمَٮِٕنَّ قُلُوبُكُم بِهِۦ‌ۗ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَكِيمِ
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Surah Ali-Imran 3: Ayat 126)

Pernahkan kita menilai kejayaan kita??? Mungkin ya mungkin juga tidak. Jika kita menilainya, sejauh mana kita menilai kejayaan tersebut, adakah sekadar menyambut sesuatu majlis? Atau muhasabah diri anda sendiri bahawa kejayaan itu juga akan dinilai oleh Allah.

Pernahkan kita merasa kejayaan yang kita perolehi itu tidak mencukup dan ingin lebih daripada orang lain? Jika berasa seperti itu, maka ingatlah Allah. Kerana kejayaan itu akan dapat dicapai melalui usaha dan istiqamah. Anda buat anda dapat. Perlulah yakin dengan Allah. Jika tidak dapat apa yang kita inginkan, ingatlah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Ketahuilah, kejayaan hanya akan di capai oleh mereka yang sentiasa konsisten dan beristiqamah iaitu
mereka yang sentiasa tetap dan tidak berubah ubah pendiriannya untuk mencipta sesuatu kejayaan itu.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Rehatkan Minda Seketika .... Renungkan Sejenak ... Di Manakah kedudukan Kita ???

Rehatkan minda seketika ... Renungkanlah sejenak ...


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..


Kenapa kita rasa kita semakin jauh kepada Allah S.W.T ??? Mengapa kita rasa apa yang kita mahu tidak dapat ??? Mengapa kita tidak mempunyai sesuatu seperti orang lain ada ???

Saya yakin saudara saudari pernah berasa seperti, seperti tidak dihiraukan dan apa yang kita inginkan tidak dapat .... Mungkin juga pernah putus asa dengan rahmat Allah ... BERSABARLAH ... itu adalah ujian Allah S.W.T kepada kita, saya juga pernah berasa begitu, .Hal ini untuk menunjukkan kepada kita bahawa bersabarkah kita dengan rahmatnya. Kerana, firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 256 :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"...

Oleh yang demikian, sesungguhnya Allah S.W.T menguji kita dengan sedikit ujian supaya kita berfikir dan ingat kepadaNya, Semakin Allah S.W.T memberikan dugaan kepada kita, semakin sayang Dia kepada kita.


TIADA KEHIDUPAN JIKA TIADA DUGAAN DARIPADA ALLAH S.W.T

Semester 3 ni memang seronok, mencabar dan macam-macam perasaan bercampur baur. Ikuti kisah aku di bawah ni ye.Sabar.baca satu-satu di bawah nie ye.....

1. Paling mencabar, kerana semester ini aku perlu mengambil 19 Jam kredit mata pelajaran.AMEK KAU !!~~ mencabar ke tak mencabar ......Pengeluaran Tanaman Utama, Prinsip Ekonomi, Sains Tanah, Bahasa Inggeris 3, semua itu 3 jam kredit yang harus dikejar.... Tambahan lagi Kokurikulum, Tamadun Islam (sains dan teknologi), dan Kerja Lapangan yang memang penat dan letih (biasalah tuuu~~~~~).....akupun tak tau mengapa semester ini aku tak rajin macam semester satu dulu...(eh aku rajin apa ~~tapi tak se-struggle semester 1 dulu, HAHAHAHA!!)..Namun,prinsip hidup aku,
BELAJAR UNTUK KEHIDUPAN.....

2. Menyeronokkan?? sebab dapat kawan-kawan baru.Senang cerita, junior baru la.Hahahaha..kenapa seronok ?? Sebab ada mereka aku ceria di sini. Jika tidak, keseorangan la aku....Sesungguhnya aku sayang korang semua.....di bawa
h ini diabadikan album-album ceria aku bersama mereka semua
(kawan-kawan aku)
Semester 3 ni memang seronok, mencabar dan macam-macam perasaan bercampur baur. Ikuti kisah aku di bawah ni ye.Sabar.baca satu-satu di bawah nie ye.....


gambar ni masa dengar ceamah. Sempat lagi kami berfoto.:P

mereka yang sporting, ceria dan macam-macam kerenah

tengah post mortem.Ni nak post mortem ke nak posing ???? hahaha, nak layan kerenah punya hal, layan je la... Sebab tu muka serious je tu .....


Sebahagian ahli PPI

Badan kalau dah penat, bergambar sakannn je laa....hahahaha

Haaaa !!! ni dengan junior yang aku rasa memang hyper gila. Masa bergambar nie, mesin pengering tangan tu berfungsi. Tak tau la dia tu kepanasan ke tak

Dinner DPIM !!!

Jangan salah faham dan pandang, inilah aktiviti gila kami .... :D



haaaa ! gambar ni time aku journey kat hutan. Seronokkkk .....

Semester ini jugak mengajar aku erti pengorbanan, pengorbanan masa dan segalanya. emm.....but yang paling penting, berkorban untuk ALLAH yang satu ....

ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI KAMU MELAINKAN DENGAN KESANGGUPANNYA .....

Hargailah mereka yang ada disekililing kita .......