Khamis, 23 Disember 2010

kalau ingin, belajarlah....

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Isnin, 13 Disember 2010

Rezeki Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Keputusan peperiksaan akhirku telahpun dikeluarkan. Alhamdulillah, satu pencapaian yang baik bagiku walaupun tidak seberapa.

Namun bagiku, itu adalah rezeki daripada Allah SWT yang maha pemberi rezeki kepada hambanya. Dia memberikan rezeki mengikut apa yang diusahakan oleh hambanya. Dengan doa dan usaha, Allah SWT akan menolong kita. Tanpa usaha doa itu sia-sia dan tanpa doa usaha itu sia-sia.

Mungkin semester ini aku banyak bermain-main. Sebab itu keputusan aku seperti itu. Azam aku untuk semester hadapan, aku ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

"Jangan bersedih, Allah bersama kita"


Selasa, 7 Disember 2010

Izinkan Aku

~~~~> jika ada cinta <~~~~

" AKU MENCINTAIMU " *kerana pes0na kecantikan/ketampananmu* hmm Bagaimana jika kecantikan/ketampanan itu pudar?? akankah CINTA ikut pudar ???
"AKU MENCINTAIMU " *Kerana Harta yang ada padamu* Harta juga titipan, jika tiba-tiba hilang mungkinkah CINTA masih terucap???

"AKU MENCINTAIMU" *Kerana kesolehanmu* BiIa terIihat sedikit AkhIak yg cacat dari dirinya Cacat puIa-kah CINTA itu???

"AKU MENCINTAIMU" *Karena ilmu-mu* bila ilmu yang kau miliki juga kukuasai Mungkinkah CINTA hanya sekedar CINTA???

--------------CINTA---------------
CINTA,,,, sebanyak apapun aIasan yang ada pada dirimu aIasan yang membuat dirimu sempurna atau terIihat biasa dipandangan ini, biarkan AKU MENCINTAIMU......

Biarkan AKU MENCINTAIMU karena ALLAH dimana Rasa CINTA itu hadir bukan karena kesempuranaanmu kesempurnaanmu dapat aku Iihat disaat aq mulai beIajar mencintaimu .....

CINTA ,,,, Biarkan AKU MENCINTAIMU kerana ALLAH dimana ketika Rasa Cintaku terhadapMu berkurang namun aku akan berusaha untuk menghadirkan CINTA itu Iagi demi CINTAKU padaMu Ya Rabb

CINTA,,,, Biarkan AKU MENCINTAIMU kerana ALLAH disaat Rasa CINTA membunyikan nada-nada indah aku memuIiakanmu sepenuh hati ... dan disaat nada-nada CINTA tak bersenandung indah aku kan berusaha untuk tidak menzaIimi dirimu . akan tetap ada rasa menghargai dan mengh0rmatimu demi mengharap keredhaanMu Ya Rabb ....

-----------CINTA------------

CINTA .... INdahnya Ketika Cinta berkenan Menyapa Dunia serasa miIik berdua,, yang Iain hanya menumpang
CINTA .... Maaf tak bisa aku ucapkan kata CINTA itu sebeIum engkau menghaIaIkan CINTA mu ... CINTA .... Bukan Rayuanmu yang aku perlukan kini Beri aku sedikit Waktu untuk Meminta pada Rabb agar aku dapat mencintaimu ...

CINTA sungguh AKU ................... @@___@@ KaIimat terakhir diisi sendiri saja ya ... ^_^ Semuga puisiku ini dapat mewakiIi setiap hati anak manusia yang sedang diIanda CINTA ....

== ===


SALA
M CINTA


Hijrahku : Ingin mendapatkan sahabat sejati

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
para sahabat, para Tabi'in dan para ulama
semoga mendapat ihsan di h
ari kebangkitan.
Selama ini ku mencari-cari,
teman yang sejati,
buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padaMu Illahi,
teman yang dicari selama ini,
telah ku...........
eh, aku dah jumpa ke sahabat sejati aku??? Aku rasa belum.
Sahabat, apa tu???ada orang cakap sahabat itu maksudnya orang yang sangat akrab dengan kita dalam waktu susah dan senang. Ada juga orang kata kawan dan sahabat ada bezanya. Apa bezanya?? Bezanya, kawan ada masa susah sahaja..Yeke?? Pandai-pandai la kawan-kawan semua tafsir.

Selama aku hidup 18 tahun ni, aku rasa ada insan yang sanggup bersama aku dalam susah dan senang, mendengar luahan hati aku, tolong selesaikan masalah ak
u. Tapi, itu semua kawan aku. Sahabat aku tak ada. Macam mana nak cari sahabat.

Tetapi, semenjak aku menyambung pengajianku di UiTM ni, aku sudah mengenal beberapa erti kehidupan. Di sini jugalah aku mengenal erti sahabat.

kadangkala, aku rasa tidak dihargai, tidak dipedulikan. Agaknya itulah manusia. Itulah kawan kan. Tetapi, ada beberapa orang hamba Allah ni, sangat menghargai aku, b
erterima kasih, selalu ingin menghulurkan bantuan dan memujukku apabila aku sedang gundah gulana. Orang kata, jiwa kacau. Aku sangat-sangat menghargai mereka.

Cerita ini adalaj berkenaan dengan sahabat. cerita di
mulakan.Ada seorang hamba Allah ni,sekelas dengan aku. Aku juga tengok dia memang baik. Walaupun agak "innocent" sikit, tapi dia istimewa bagi aku. Kadangkala kami ke kuliah bersama-sama, ke perpustakaan, berjumpa pensyarah outing mahupun ke event-event universiti. Dia juga setia mendengar segala luahan dari aku. Adakalanya dia datang meminta bantuan. Aku sangat seronok apabila dapat membantunya.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, mungkin malam tu aku tak jaga mulut aku. Dengan sengajanya aku menyindirnya dengan kata-kata yang agak pedas da
n makan dalam. Sebab apa, dia salah daftar course. Lepas aku tegur tu, tak lama dia keluar dari bilik aku tanpa bercakap denganku.

Esoknya, aku sudah dapat melihat perubahan drastik terhadap diriku. Dia tak nak bercakap dengan aku. Duduk dengan aku pun tak nak. Aku tertanya, kenapa dengan dia. Aku ingat balik mungkin sebab malam tadi. Ya Allah apa yang aku buat. HAtiku bercakap sendiri. Trage
di ini berlaku apabila hampirnya peperiksaan akhir. Dugaan dari Allah SWT agaknya.

Dia bersikap seperti itu berlarutan selama 3 minggu. 3 minggu bukan 3 hari tau. call aku pun tak. Biasanya akulah yang dia tanya macam-macam.Hmmm...Ya Allah aku pasrah..Semoga dia dapat memaafkan aku dan menjadi sahabat seperti dulu.

Suatu hari, agaknya Allah memakbulkan doa aku
selama ini. Aku datang ke biliknya dan meminta maaf kepadanya. Dengan mudah dia memaafkanku. Mungkin Allah sudah membuka pintu hatinya. Alhamdulillah. Selepas hari itu, dia sudah mula menghubungi aku dan mulai mesra denganku.

Aku harap dia akan menjadi sahabat aku dunia dan
akhirat. MUlai hari ini, aku akan menjadi sahabat terbaik dia walau apa yang berlaku.

Azam aku tahun ini, aku ingin ada sahabat sejati yang ingin bersamaku dalam susah dan senang. Ya Allah, mudahkanlah aku.

"Aku menyayangi mereka yang menghargai aku"

Isnin, 6 Disember 2010

Maal Hijrah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam selawat dan salam keatas Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat, para Tabi'in dan para ulama, semoga mendapat Ihsan di hari kebangkitan.
1 Muharam detik permulaan
permulaan tahun Islam hijrah
Penghijrahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

itu adalah antara bait-bait lagu yang kita sering dengar di televisyen dan corong-corong apabila menjelangnya Maal Hijrah. 1 Muharam merupakan tarikh penting bagi umat Islam kerana tarikh inilah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Dengan itu, tersebarlah Islam ke seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah. Apakah pula erti hijrah kepada diri kita. Macam-macam boleh ditafsirkan melalui hijrah, samada berubah dari berperangai baik kepada yang lebih baik, malas kepada rajin, dan sebagainya. Jelasnya, hijrah merupakah perubahan ke arah yang lebih positif. Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah dan berazam untuk lebih positif dalam usaha meng'hijrah'kan diri. Wallahualam.

SALAM MAAL HIJRAH


Ahad, 5 Disember 2010

Derhaka ke Kita nie????

Baru-baru ni, saya terdengar usrah pelajar di sekolah. Guru berkata, seseorang anak itu dikira derhaka jika tidak mendoakan kedua ibu bapanya. Mendoakan kedua-dua ibu bapa juga dikira berbakti kepada mereka. Jadi, adakah selama ini anda mendoakan ibu bapa anda?? Jika belum, masih ada masa untuk berbakti pada mereka. Gunakanlah masa beribadah untuk berbakti (berdoa kepada mereka)...Wassalam..